Sunday 17 April 2011

perasaan yang tiba2 dtg...=(

huk3...pelik je title entri aku kli nih...nth la...td mse ngah iron bju tbe2 setitik2 aier mate nih jatuh...wahahaha~ cm kne dera iron bju plak! =D knape tah...maybe wisau sgt nk final kowt...probs? hurm...alhmdllh da ley handle sikit...just pressure sbb kdg2 tuh cm ssh sgt nk senangkn ati sume! tape la...sem dpn pon da xder...insyallah...tuh sbb sem nih aku kne push harder! chaiyok zack! doakn y terbaik tok aku kwn2...=) moge aku dapat capai pe y aku harapkn...neway...aku mohon fastrak...wht? z mohon fastrak? 'dgn muke kurang percaye!' hahahaha~ bialah y pntg aku teringin nk wt mak aku senyum ngan pencapaian aku...err...nih la sebenarnye point aku apply fastrak..."nk wt mama bangge+senyum ngan aku!" kwn2...bkn aku x syg korg...aku syg, korg lah terbaek tok aku...suka duka ngan korg sgt bermakne tok aku...tp bg aku...aku nk capai matlamat aku...slame aku hidup nih aku x penah wt mk aku bangge...sejak UPSR,PMR n SPM...segale atok nenek exam mne penah aku tggi dr siblings aku y laen...hurm..so aku harap aku berjaye buat fastrak supaye mama ley bangge ngan aku...aku ley buktikan y aku pon ley dpt degree setanding siblings y laen...ye...mmg lau amek dip pon ley smbg deg...lgpn dip lg bpe sem je nk abs kn...tp aku fikir...lau amek fastrak...lg bpe bulan da masuk n aku yakin, mama mst tersenyum, even sikit...tp sangat bermakne bg aku! =D aku harap sgt impian aku tercapai -wt mak aku tersenyum-...aku pon doakn kwn2 aku dapat y terbaik tok dri dorg...sme2 berjaye dunia+akhirat...amin...lau aku x bejaye wt fastrak...aku redha, ALLAH lebih tau ape y DIA rancangkan tok hambaNYA...

p/s > mama...lau lah tbe2 mama TERbace entri ikha nih...ikha nk mama tahu...ikha xpernah putus asa tok buat mama gembira..ikha akan cube sedaya upaya ikha mama...ikha syg mama! so much...thanx sbb lahirkn ikha ke dunia nih...oppps...abah pun sme! jgn kecik ati tau abah! <3 u!

kwn2...maafkan segala kesalahan aku andai ader tersalah cakap, terguris ati even any ter2...sowi sgt2...aku syg korg! thanx atas segala memori...halalkn mkn+minum! gudluck final! moge ALLAH sentiasa memberkati kita...amin...

Friday 8 April 2011

saye SUKA awk! =)

saya suka sangat dekat awak...sejak saya tengok awak...saya rasa macam nak peluk-peluk awak, tapi saya tahu kita ada batas...awak bukan muhrim saya, lagipun saya tak tahu sama ada awak rasa yang sama tak dekat saya...=( saya tahu awak ramai peminat...tapi saya betol-betol dah jatuh hati dekat awak...awak nak tahu tak macam mana saya kenal awak? hurm...saya kenal awak sejak saya semester 1 dekat UiTM, kawan saya tukar-tukar video dengan saya, lepas tu dia masukkan sekali video awak nyanyi dalam laptop saya...masa mula-mula saya tengok, macam nak gelak...tp bila da banyak kali tengok, saya TERjatuh hati dekat awk...pesanan awak dalam video tu sangat menyentuh hati saya! =D


saya nak kongsi video pertama awak yang saya tengok dengan kawan-kawan saya boleh x? =D



saya suka tengok jalan cerita video ni...awak...setiap ayat yang keluar dari mulut awak menjadi sumber inspirasi saya...=) dulu masa "final" semester 2...saya mesti dengar lagu2 awak untuk tenangkan hati saya...semua lagu awak saya suka...lebih2 lagi "barakallah" dengan "for the rest of my life" tp saya sedih sebab lagu tu awak tujukan dekat isteri awak! APA??? awak dah kahwin? =( tak pe lah...saya redha...terima kasih sebab cipta lagu2 yang dapat menenangkan hati semua orang...saya harap saya dapat jumpa awak satu hari nanti! =)


p/s > satu keluarga saya suka dengan awak taw! kalau awak nak tahu dalam kereta mak dan kakak2 saya semua ada CD lagu awak! anak buah kesayangan saya pon dah hafal lagu2 awak...sambil berhibur kita berzikir kepada ALLAH =) semoga awak sentiasa diberkati ALLAH maher zain...=)

Tuesday 5 April 2011

meNakutKan!!!! (*_*)"

hari ini...kami sekelas kena bentangkan blog masing-masing..=( doakan semua lulus dengan cemerlang! =) dan hari ini juga aku kena bentangkan subjek CTU263...semoga segalanya berjalan dengan lancar...(^_^)v

Sunday 3 April 2011

allllaaaaammmaaak!!!

aku terlupa nak letak lagi satu topik CSC134....hehehe~


COMPUTER SECURITY AND SAFETY, ETHICS AND PRIVACY! 


mintak ampun miss...semangat sangat nk post blog! hik3...

Friday 1 April 2011

csc134 =D

okeyh today post, i make special about CSC134...subject where need me to create this blog...=D 


first of all...CSC134 is one of semester 3 syllabus for OM student...


here is 9 topic that we have learn for the whole semester...


> INTRODUCTION TO COMPUTER
> THE COMPONENT OF THE SYSTEM UNIT
> INPUT AND OUTPUT
> STORAGE
> OPERATING SYSTEM AND UTILITY PROGRAMS
> APPLICATION SOFTWARE
> THE INTERNET AND WORLD WIDE WEB
> COMMUNICATION AND NETWORKS.


for me CSC134 subject is quiet tough...because it is about COMPUTER...i hate computer! but then after learning it...i admit that computer is such a superb and cute robot...=) thank you Miss for teaching us...and i pray that we will get a great result for our final which is just around the corner...amin...and to my friends, good luck for this upcoming final and wish all of you, all the best...may ALLAH bless us always...=)

Untuk tatapan rakan-rakan...=)


Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Zulaikha zakaria lah yang tercantik.  oppss =D

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!


Perlukah jadi cantik?

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.

Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.

Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.

Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.

Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.

Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.

Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik. 

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya. 

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.

Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta. 
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.